Sunday, 20 November 2011

LITERASI MAKLUMAT

LITERASI MAKLUMAT
MISI LITERASI
Untuk memberi arahan literasi maklumat dan latihan yang berasakan kepada keperluan
pelajar,fakulti dan kakitangan serta menggalakkan penggunaan sumber-sumber perpustakaan
dan teknologi yang berkesan.

APAKAH LITERASI MAKLUMAT?
Literasi ialah mempunyai pengetahuan untuk menggunakan sesuatu .Literasi Maklumat
merupakan asas untuk pembelajaran sepanjang hayat. Ia merangkumi semua bidang disiplin,
persekitaran pembelajaran dan semua peringkat pendidikan. Pelajar boleh menguasai
kandungan dan meluaskan siasatan mereka agar menjadi lebih terarah diri dan mengambil
alih kawalan yang lebih besar ke atas pembelajaran mereka sendiri. Ia juga merupakan
kebolehan mencari dan memperoleh maklumat dalam apa jua format dan menggunakan
maklumat tersebut secara aktif.Menurut : Antony Robind dalam bukunya The Unlimited Power,
‘’information is power, action is absolute power’’
Literasi maklumat juga ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat
bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.
Jawatan Presiden mentakrifkan Literasi Maklumat sebagai satu set kemahiran yang
memerlukan individu mengiktiraf maklumat yang diperlukan dan keupayaan untuk mengesan,
menilai dan
menggunakan dengan maklumat yang diberikan.

MENGAPA LITERASI MAKLUMAT PENTING DAN PERLU?
Polisi dan perkembangan Negara
Membangunkan ekonomi berasakan pengetahun (k-ekonomi).
Memperkukuhkan pembagunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga manusia
berpengetahun.
Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan penguasai
pengetahuan ‘’Information Technology’’ (IT) Perkembangan dalam PKM.
- Maklamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang
beriman,berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
- Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari berpusatkan pelajar dan
dipermudahkan denganbantuan ICT.

DIMANAKAH KITA AKAN MENDAPATKAN LITRASI MAKLUMAT?
Di sekolah dan Institut pengajian tinggi. Di sekolah adalah melalui perpustakaan. Dalam era
IT, perpustakaan bertindak sebagai agen mengubah rakyat kearah celik maklumat dan ilmu
pengetahuan.

BAGAIMANA LITERASI MAYA BERFUNGSI?
Literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dan berhubungan secara strategik
dan saling memperkukuh antara satu sama lain. Ini amat penting bagi kejayaan setiap
individu, organisasi,institusi dan Negara. Kedua-dua paradigma moden ini harus dimanfaatkan
bersama-sama secara simbiotik dan sinergi jika mahukan kelangsungan hidup dan Berjaya
bersaing pada abad ke 21 dan seterusnya. Secara teorinya seseorang itu boleh meneruskan
matlamatnya untuk menjadi lebih celik maklumat tetapi bukan sepanjang kehidupannya.
Sebaliknya, seseorang itu boleh meneruskan pembelajaran sepanjang hayat tanpa terlebih
dahulu menjadi celik maklumat.

SIAPA YANG BOLEH MENGGUNAKAN LITERASI MAKLUMAT?
Teknologi maklumat yang terbuka dan ditawarkan kepada semua orang tidak kira seseorang
individu dalam konteks hal peribadi, keluarga, dan kemasyarakatan. Literasi maklumat adalah
set kemahiran yang boleh dipelajari termasuklah sikap tertentu terhadap pembelajaran itu
sendiri. Ia mestilah diperolehi dan diiringi dengan satu rangka minda yang positif.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...