Thursday, 6 October 2011

minggu pertama menghadiri kelas ICT

ASSALAMUALIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA,

Pertama kalinya saya ingin mengenalkan diri saya. Nama saya ialah Sumaiyyah bt Zakaria dan lahir di Bachok pada tanggal 15 Januari 1991. Saya membesar di kawasan Bachok di daerah Melawi. Saya pelajar tahun satu dalam program pendidikan khas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya berasal dari Bachok, Kelantan.

      Menjadi prasiswazah adalah begitu mencabar terutamanya baru menjejakkan kaki dalam alam universiti. Sebagai guru pelatih tahun pertama dan semester pertama sesi 2011/2012 telah memperkenalkan saya dengan subjek-subjek asas untuk menjadi seorang pendidik. Antara subjeknya adalah,  profesion perguruan (GGGA1123), prmbangunan diri ( ZZZT1054) ,)faundation english ( ZZZE1002 ), komputer dalam pendidikan ( GGGE1155 ) dan perkembangan dan ciri-ciri kanak-kanak khas.

     Komputer dalam pendidikan adalah salah satu subjek wajib bagi program pendidikan. Pada minggu pertama adalah minggu pendaftaran. pertama kalinya saya ingin memperkenalkan penyarah saya yang banyak bertungkus lumur memberikan yang terbaik bagi program ini, iaitu Dr Siti Fatimah bt Mohd Yassin.

    Kelas kami telah ditetapkan pada hari rabu selama 3 jam iaitu dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tgh. Pada minggu pertama, ialah hari pendaftaran. Kami telah diarahkan untuk membaca pro forma untuk memudahkan kami memhami pembelajaran nanti. Hal ini kerana, kami telah ditetapkan atau telah diberi jadual agar semua pelatih dapat menyiapkan kerja pada masa yang di tetapkan.
 
    

    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...